Anda perlukan:
*Benang Crochet : merah jambu, hijau.
*Jarum crochet size endash G(#6 atau 4mm)
*Gunting
* Jarum Tapesri
Bagi projek ini, anda boleh menggunakan benang kategori no. 4 (Medium) atau kategori no. 5 (Bulky). Untuk Kategori no. 4 (Medium), dua lembar benang di gabungkan untuk menjadikan projek nampak lebih tebal. Di akhir projek ini anda akan menghasil topi crochet mudah bagi saiz bayi baru lahir sehingga saiz dewasa.
Jenis Kait yang diperlukan: sk, ch, ch-sp, hdc, dc, tr, sl st.
* Simbol koma (,) bermaksud kait di rantai seterusnya.?
Langkah-langkah:
Mulakan dengan benang warna merah jambu.
* Lebihkan benang sepanjang 25 cm sebelum melakukan langkah-langkah dibawah.Baris 1: Mulakan dengan melakukan kait simpul (sk) , kait 52 rantai (ch).
Baris 2: Kait 2ch, 1sc di rantai ke DUA(2) dari jarum kait, (* lakukan 3ch, kemudian 1sc di rantai ke TIGA (3) dari jarum kait) (Ulang kait dari * sehingga hujung baris.)
(17 gelung kudup(ch-sp) terbentuk).* Pusing projek kait.
Baris 3: Lakukan 1ch, kait [ 1sc, 1hdc, 1dc, 2 tr, 1dc, 1 hdc, 1sc] di kudup (ch-sp) pertama, * kait [ 1sc, 1hdc, 1dc, 3tr, 1dc, 1hdc, 1sc] (Ulang kait dari *) di kudup (ch-sp) seterusnya sehingga kudup(ch-sp) ke 15.TETAS BENANG.
Benang warna hijau untuk daunnya.Mulakan di kudup ch-(sp) 16 dengan 1ch, (* 1sc, 3tr, 2 ch 3tr, 1sc) (Ulang kait * di kudup (ch-sp) 17). TETAS BENANG.? Bentukkan lilitan seperti bunga ros kemudian jahit MakcikbungaRos menggunakan jarum Tapestri. ? MakcikbungaRos boleh dihiasi dengan manik-manik atau butang di tengah-tengah kudup .? MakcikBungaRos boleh di gunakan untuk hiasan di skaf, getah rambut dan, kasut dan pelbagai lagi. Klik untuk Zoom Mode.? Bentukkan lilitan seperti bunga ros. Jahit MakcikbungaRos menggunakan jarum Tapestry. Pastikan anda susun kudup dengan betul untuk menghasilkan bunga yang mekar. Caranya ialah dengan menggunakan jarum tapestry / jarum crochet dan bawa lebihan benang awalan 25 cm tadi ke tengah tengah bunga ( ke bawah) sehingga terbentuk 3 lapis bunga dan jerut ke bawah. Lakukan jahitan untuk menyambungkan antara kudup.
No comments:
Post a Comment