KLCC oooh KLCC. ?

Dhiacoco ? having fun @ KLCC.

Statement ikhlas dari pelancong kampung:

KLCC oooh KLCC. Memang jakun skit teman kalau jalan KLCC Shopping Centre. Kalau lah KLCC Shopping Centre ni banyak kedai-kedai hasil kraf  / designer tempatan dan luar negara alangkah bahagianya. ?
Tapi apa nak di kata. Mungkin indah luar dalam sahaja. Realiti nya banyak kedai yang hanya boleh masuk lalu cuci mata.

Bukan tak ada kedai kraf atau kedai designer tempatan tetapi boleh di kira. Itu pon designer yang tersohor sahaja.

Teman pon tak tau nak describe nak happy ke tak jalan kat KLCC ni. Sebagai orang kampung yang jadi pelancong jakun, rasanya hanya pelancong banyak onkos sahaja lah yang bila keluar shj dari KLCC bleh sengih-sengih pegang beg shopping. Takpon kalau masuk restroom / toilet yang mahal tuh duduk lah lama-lama, guna segala lotions yang tersedia di restroom tu lumur seluruh badan dan muka. Kalau tak rugi bayar mahal-mahal.

Kalau dapat pegang shopping bag KLCC Ground floor tuh kira happy sangat lah. Kalau boleh pegang kasi orang nampak. ?????? kahaha. Lalu depan kedai Ground floor tuh confirm nak fikir. "Nak masuk ke tak, nak masuk ke tak kedai tuh." Dengan comot-comot tu, fikirlah dua tiga kali nak masuk. Ada lak kena jeling nak masuk kedai pulak. Moral nya, lalu tepi-tepi jek tengok label harga barang kalau bleh nampak dari cermin display.

Yelah, mungkin target dema ingat yang datang poyo-poyo di KLCC tu ialah pelancong dari luar. Ate, tak fikir ke pelancong luar tu bukan nya nak mentengok dan beli apa pon barang-barang import tu. Dema nak tengok jenama tempatan. Baik dema beli kat negara dema jek jenama import tu. Yang teman nampak reramai datang KLCC tu kalau tak staff-staff yang kerja kat area situ takpon perlancong luar, adalah sikit-sikit pelancong kampung macam teman ni. Takpon mereka yang lalu nak gi naik train lajuk. (laju nye). ? Bila nak train pulak. Paling kuat pon reunion-reunion bibik berkumpul.

Benda yang paling teman nak elak ialah complaint. Tapi yang ini memang teman kurang puas hati dah lama dah nih. Takkan kita lak nak bukak kedai kat luar negara pastu nak display hasil kreatif tempatan. Apakehal. Takyah lah nak kata kat Central Market tu dah ada kedai kraf tempatan. Seligi kepala kang.

Secara simboliknya. Kalau orang datang rumah kita, kita sediakan lah hidangan paling sedap yang kita masak. Barulah bermakna sikit, orang yang datang pon confirm cam kagum merasa makanan sedap kita. (Kalau pandai masak). Bukan nya kita gi beli kat kedai. Pastu beri makan pada tetamu. Tapi ialah orang zaman sekarang nih rela pergi beli kat kedai dari memasak. Tak ada masa maaa. Cari rezeki.
Kengkadang teman fikir, memang orang bandaraya KL ni kaya raya.

Yelah, teman bukan cendiakawan bijak cam depa yang menguruskan KLCC shopping centre tuh. Orang meniaga kan gitu lah. Tak ada rasa patriotik sikit. Konon 1Malaysia lah. Cit podah!.

Yang Ikhlas.
 Kucik-Pelancong kampung.

p/s: cupcake pink color tuh mahal, kena makan sampai kulit-kulitnya yek dhiacoco.KLCC oooh KLCC. ?

No comments: